Isteri maut, suami dan anak cedera

KUNAK: Seorang pembonceng wanita maut apabila motosikal ditunggang suaminya dilanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 10 Jalan Kunak-Tawau, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 4.45 petang itu, mangsa warga Indonesia berusia 38 tahun, meninggal dunia di lokasi manakala suami, 39 tahun dan anaknya tujuh tahun masing-masing mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superitendan Sabarudin Rahmat, berkata siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan motosikal jenis Yamaha 135 LC dan Proton X70.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton X70 dipandu lelaki berusia 54 tahun bersama isteri, dari arah Tawau menuju ke Pekan Kunak sementara motosikal dari arah bertentangan.

“Setibanya di tempat kejadian pemandu Proton X70 dikatakan, telah memotong sebuah kenderaan di hadapannya dan pada masa sama, motosikal yang ditunggang bersama dua pembonceng dari arah bertentangan cuba membelok ke kanan untuk masuk ke simpang kanan jalan sebelum dilanggar.

“Akibat pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal telah tercampak ke bahu jalan manakala kedua-dua pembonceng dan motosikal terseret kira-kira sepuluh meter,” katanya dalam kenyataan, harii ini.

Sabarudin berkata, akibat kemalangan itu penunggang dan anaknya mengalami cedera ringan, manakala isterinya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagaimanapun, katanya pemandu SUV dan isteri tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan saksi kejadian.

“Kes disiasat mengikut Sek. 41(1) APJ 1987,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker