Marahkan isteri, pondok, kereta jadi mangsa

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki mengamuk dengan membakar pondok dan memecahkan cermin sebuah kenderaan dipercayai akibat berang kerana tidak dapat menemukan isterinya dalam kejadian di Taman Seri Astana dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata dalam kejadian jam 10.20 pagi itu, lelaki berusia 54 tahun itu didakwa hilang sabar turut membawa parang dan mengamuk di hadapan kedai makan terbabit.

“Siasatan awal mendapati, suspek mempunyai masalah rumah tangga dengan isteri sebelum wanita terbabit keluar rumah.

“Suspek mencari isterinya di kawasan rumah mereka namun wanita berkenaan gagal ditemui dan dia yang berang membawa parang, kemudian membakar pondok belakang kedai makan selain turut memecahkan cermin kenderaan milik seorang lelaki.



“Melihatkan keadaan yang tidak terkawal, orang awam menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum suspek berjaya ditahan di rumahnya,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki 12 rekod lampau iaitu lapan bersabit kes jenayah manakala selebihnya kes dadah.

“Suspek tidak bekerja dan kita akan melakukan ujian saringan air kencing terhadapnya selain turut menyiasat motif dia mengamuk dengan membakar dan merosakkan cermin kenderaan penduduk.

“Kes disiasat mengikut Seksyen Sek 435 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 427 KK dan Seksyen 506 KK,” katanya.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker