‘Melaka Move’ guna PH untuk usul undi tidak percaya

 

Oleh – Amran Klebang

Melaka Move guna PH untuk usul undi tidak percaya

Satu gerakan dikenali sebagai ‘Melaka Move’ dipercayai akan menggunakan ‘khidmat’ ADUN Pakatan Harapan (PH) untuk membuat usul undi tidak percaya.

Usul undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dipercayai  akan dibuat semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 25 Julai 2022.

Dipercayai usaha memujuk ADUN PH dibuat oleh seorang pemimpin yang dikenali di Melaka. Beliau juga dikatakan sedang giat berusaha menyakinkan ADUN BN untuk turut serta dalam ‘Melaka Move’ bagi menumbangkan Sulaiman Ali.

Menurut sumber, usaha tersebut bertujuan menampakkan berlaku pergolakan politik di negeri Hang Tuah itu sedangkan realitinya tidak seperti diperkatakan.

Hubungan baik antara Sulaiman dan Rauf merupakan halangan kepada penggerak ‘Melaka Move’ dan bagi memastikan hajatnya kesampaian, dua figura utama politik itu perlu disingkirkan dari politik Melaka.

Namun begitu, berapa perbelanjaan yang dikeluarkan pemimpin tersebut bagi membiayai gerakan ‘Melaka Move’ masih belum diketahui tetapi dipercayai ‘berbaloi’.

Pakatan Harapan yang hanya ada 5 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka sudah pasti tidak mampu menggugat kedudukan Sulaiman.

Bagi membuat gelombang ‘Melaka Move’, seramai 15 orang ADUN diperlukan. Perikatan Nasional hanya mempunyai 2 kerusi sahaja dan jika digabungkan PN & PH, mereka masih kekurangan 8 ADUN lagi untuk memastikan ‘Melaka Move’ berjaya.

Pastinya perancangan ‘Melaka Move’ ini akan menarik perhatian banyak pihak memandangkan BN menguasai 2/3 DUN Melaka di PRN Melaka.

Rauf nafi politik Melaka bergolak

 

 

One thought on “‘Melaka Move’ guna PH untuk usul undi tidak percaya

Leave a Reply