Muhyiddin wajib dedah perjanjian, bukan Takiyuddin

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Muhyiddin wajib dedah perjanjian bukan takiyuddin

 

Heboh diperdebatkan mengenai wujudnya perjanjian ‘sulit’ antara Perdana Menteri dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum 16 Ogos 2021.

Bagaimanapun, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan mendedahkan kandungan perjanjian tersebut, sebaliknya menyerahkan kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk menjelaskan butiran perjanjian.

Menurut Muhyiddin, Takiyuddin merupakan individu yang telah menyiapkan deraf perjanjian tersebut.



Dalam perkara ini, Tan Sri Hj Hadi Awang kelihatan ‘dibodohkan’ oleh SUA PAS sendiri bila beliau selaku Presiden parti tidak mengetahui kewujudan perjanjian tersebut.

Muhyiddin Yassin, Takiyuddin Hassan

Mengapa Muhyiddin tidak berani mendedahkan perjanjian tersebut sendiri? Apa yang beliau takutkan sebenarnya? Adakah beliau takut diketahui sepanjang dari Ogos 2021 sehingga hari ini, beliaulah sebenarnya yang mengawal Ismail Sabri Yaakob?

Jika meneliti kandungan perjanjian antara Muhyiddin dan Ismail Sabri, jelas sekali PPBM merancang untuk merosakkan Umno.

Perjanjian Sulit Muhyiddin & Ismail Sabri
Adakah wujud perjanjian ini? Sumber – sebaran whatsapp

Menurut perjanjian itu lagi, pelbagai syarat dikenakan terhadap Ismail Sabri sebagai pulangan sokongan yang diberikan PPBM kepada beliau. 



Bukan jawatan TPM sahaja yang dituntut PPBM, malah jawatan yang disandang Zuraida Kamaruddin turut dituntut kononnya atas dasar kuota. Zuraida, telah mengumumkan keluar PPBM dan menyertai PBM tetapi kekal menyokong Ismail Sabri.

Selepas mendapati tuntutan mereka untuk jawatan Zuraida tiada jalan penyelesaian, PPBM mengingatkan Ismail Sabri mengenai perjanjian yang telah dipersetujui bersama.

Adalah mengejutkan sekiranya wujud ‘perjanjian sulit’ antara Muhyiddin dan Ismail Sabri tanpa pengetahuan Umno sendiri. Adakah ini membawa maksud Muhyiddin sengaja menamakan Ismail Sabri dan memberi sokongan penuh dengan syarat tertentu bagi mengawal Umno dari luar?

 

Jawatan TPM bukan hak PPBM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker