Paul Pogba Juve No 10



LONDON: Paul Pogba diberikan nombor ikon 10 di jersi miliknya selepas kembali ke Juventus dari Manchester United.

Pemenang Piala Dunia itu menandatangani kontrak empat tahun bersama skuad Old Lady selepas meninggalkan kelab pada 2016.

Kontrak Pogba tamat di Manchester United minggu lalu selepas perpindahan kali kedua yang sukar di Old Trafford.

Dia dikaitkan dengan Manchester City serta Paris Saint-Germain, namun memilih kembali ke Turin.



Memberi komen kepulangannya ke kelab itu, bintang Perancis itu menerusi Instagram berkata: “Kembali seperti saya tidak pernah meninggalkan kelab ini.”

Ketika pertama kali di Juventus, Pogba memakai jersi bernombor 6 selama tiga musim sebelum memakai jersi bernombor 10 pada kempen terakhirnya.

Selepas pemergian Paulo Dybala, pemaain Perancis itu sekali lagi memakai nombor ikonik itu yang pernah dipakai legenda seperti Roberto Baggio dan Alessandro Del Piero.

AGENSI





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker