Perusuh Serah Wang Yang Dirampas Kepada Polis

Penunjuk perasaan di Sri Lanka, menemui 17.85 juta rupee (RM208,000) wang kertas baharu di kediaman rasmi Presiden, Gotabaya Rajapaksa ketika beliau lari meninggalkan kediaman rasmi tersebut.

Dokumen turut ditinggalkan

Menerusi laporan Newswire, penunjuk perasaan telah menyerahkan wang tersebut kepada pihak polis selepas menyerbu istana Presiden itu pada hari Sabtu yang lalu.

Wang tunai sudah pun diambil pihak polis dan akan dikemukakan di mahkamah hari ini.

Selain wang, beg pakaian yang penuh dengan dokumen turut ditinggalkan di kediamannya. Menurut pihak polis, Rajapaksa tinggal di dalam bangunan berusia dua abad itu selepas terpaksa melarikan diri dari kediaman peribadinya pada 31 Mac lalu apabila kumpulan penunjuk perasaan cuba menyerbu masuk. Pemimpin berumur 73 tahun itu melarikan diri dari istana berkenaan melalui pintu belakang dengan diiringi anggota-anggota tentera laut sebelum menaiki sebuah bot menuju ke timur laut Sri Lanka.



Setakat ini, lokasi sebenar Rajapaksa tidak diketahui. Pejabat Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe memaklumkan bahawa Rajapaksa telah memberitahu secara rasmi tentang hasrat untuk meletak jawatan tanpa memberikan tarikh tertentu. Wickremesinghe, secara automatik akan menjadi pemangku Presiden sekiranya Rajapaksa berundur, sehingga Parlimen memilih wakil rakyat baharu. Bagaimanapun, Wickremesinghe sendiri menyatakan keinginan beliau untuk meletak jawatan sekiranya wujud persetujuan bersama untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan.

Newswire

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker