Potong Zakar ‘Boyfriend’ & Buang Dalam Baldi

Seorang wanita telah dihadapkan ke mahakamah selepas dia didakwa membunuh teman lelakinya ketika mereka berdua melakukan hubungan seks. Lebih mengerikan, suspek dikatakan tergamak memotong kemaluan mangsa dan membuangnya ke dalam baldi.

Potong kemaluan teman lelaki

Memetik laporan Daily Star, insiden tersebut dipercayai berlaku pada 23 Februari lalu iaitu ketika pasangan ini sedang melakukan hubungan seks. Difahamkan, ketika kejadian, suspek, Taylor D. Schabusiness berada di bawah pengaruh dadah telah bertindak agresif dengan memenggal kepala dan memotong zakar teman lelakinya, Shad Thyrion.

Pihak polis yang kemudian tiba di lokasi kejadian menemui zakar milik mangsa yang telah dibuang ke dalam baldi. Manakala bahagian badan mangsa diletakkan dalam kotak simpanan selain kaki mangsa disorokkan di dalam van mini milik suspek. Mereka turut mengesan darah kering yang terdapat di atas tilam selain menemui baju suspek yang dipenuhi dengan kesan darah.

Semasa perbicaraan, suspek yang berusia 24 tahun ini mengaku telah mencekik mangsa namun dia mengaku tidak bersalah selain mendakwa tidak mempunyai niat untuk membunuhnya. Suspek dipercayai menggunakan pisau dari dapur rumah untuk memotong mayat mangsa.



Lebih ngeri, dia juga didakwa melakukan perbuatan seksual dengan mayat selama dua hingga tiga jam selepas mangsa meninggal dunia. Menurut sumber, suspek dipercayai mempunyai masaalah kesihatan mental. Pendengaran semula kes itu ditetapkan pada 24 Oktober depan.

Daily Star

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker