UMNO bakal diharamkan 16 Julai?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Umno bakal diharamkan 16 Julai 2022?

 

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akan menjadi tumpuan pada 16 Julai ini berikutan desas-desus UMNO bakal diharamkan semakin kencang bertiup.

Semua pemerhati politik memandang serius perkara ini kerana sebarang tindakan pengharaman akan melibatkan seluruh negara.

UMNO pernah diharamkan pada 4 Februari 1988 berikutan kemenangan Dr Mahathir (Presiden UMNO) ke atas Tengku Razaleigh dalam pemilihan UMNO.



ROS-Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bakal haramkan UMNO?

MAHATHIR MENANG PEMILIHAN, UMNO DIHARAMKAN 1988

Mahathir menang tipis dengan 761 berbanding Ku Li 718 undi. Kemenangan majoriti 43 undi menyebabkan 11 orang ahli Umno telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung Umno1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan.

Kes 1988 hampir menyamai dengan apa yang berlaku sekarang didalam UMNO. Segelintir ahli UMNO termasuk pemimpin yang berwatak Pro-PPBM cuba untuk memastikan pemilihan Umno mengikut apa yang telah dirancang mereka.

SERANG PRESIDEN UMNO & INSTITUSI ‘DIHALALKAN’ BAGI CAPAI MATLAMAT

Zahid & Najib UMNO

Menyerang dan menggambarkan Zahid seorang yang lemah serta melabelkan ‘kluster mahkamah’ sebagai rujukan, serangan tersebut seolah ‘dihalalkan’ bagi mencapai matlamat.

UMNO digambarkan memerlukan satu watak ‘superhero’ baru untuk menyelamatkan ia dari sebarang tindakan undang-undang.



Watak ‘Superhero’ sudah disediakan mereka, hanya menunggu massa untuk ditabalkan sebagai penyelamat Umno.

Cuma kali ini, desakan serta tekanan diletakkan ke atas bahu Presiden Umno untuk menjalankan pemilihan parti pada kadar segera untuk memastikan calon yang dipersetujui mengisi jawatan teratas dalam Umno.

‘PRO-PPBM’ DALAM UMNO TAKUT HILANG KEISTIMEWAAN JAWATAN JIKA TIDAK IKUT ‘RANCANGAN SULIT’?

Mereka ini terdiri daripada kalangan yang mendapat ‘laba’ dari hasil kompromi UMNO dengan Perikatan Nasional bagi melantik Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri Ke-9.

Pelbagai usaha telah dilakukan mereka menerusi berbagai gerakan terancang, namun setakat ini semuanya masih gagal dilaksanakan.

Usaha mendesak untuk UMNO melakukan pemilihan tidak terhenti setakat Persidangan Agung Umno.

Malah percubaaan desakan digiatkan sebelum Persidangan Agung Luarbiasa Umno 2022. Bagaimanapun, usaha licik golongan ini tidak berjaya.

16 Julai 2022

RoS SANDARAN TERAKHIR UNTUK PASTIKAN PEMEGANG JAWATAN ‘IKUT CAKAP’?

Bagi merealisasikan perancangan ini, RoS dilihat sebagai usaha terakhir bagi memberi tekanan terhadap Umno menjalankan pemilihan sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum Ke-15.

Oleh demikian, nasib Umno akan ditentukan RoS samada akan terus kekal sebagai sebuah parti yang tidak melakukan apa-apa kesalahan dari sudut undang-undang pertubuhan atau berdepan dengan pengharaman yang akan menyebabkan jenama UMNO tidak lagi boleh digunapakai sebagai sebuah parti politik.

RoS dijangka menolak usul EGM Umno

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker