Budak ‘overdose’ methampethamine semakin pulih

KUALA KRAI: “Sudah seminggu Danial dibenarkan pulang ke rumah dan Alhamdulillah keadaannya semakin pulih,” kata Rohaya Hassan, ibu kepada kanak-kanak lelaki yang kritikal baru-baru ini kerana terdapat kandungan dadah dalam badan.

Rohaya, 36, berkata, anaknya, Muhammad Danial Abdullah, 4, sudah mampu bergerak seperti biasa namun masih belum dapat berjalan dengan normal memandangkan kanak-kanak itu juga berstatus orang kurang upaya (OKU).

“Sebaik tiub untuk bekalkan susu di hidungnya boleh ditanggalkan kerana Danial mampu makan seperti biasa, anak saya dibenarkan pulang ke rumah.

“Hanya Allah tahu betapa leganya saya kerana selain keadaan anak semakin pulih, kami juga dapat menyambut Aidiladha di rumah.



“Danial juga sudah dapat makan minum seperti biasa tapi pergerakannya dilihat masih perlahan tambahan pula dia memang baru dapat berjalan kerana masalah kesihatan sejak lahir,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada sudah memaafkan saudaranya yang kini menjalani hukuman di penjara, Rohaya enggan menjawab sebaliknya memberitahu dia masih belum dapat melupakan kejadian yang menimpa anaknya.

Dalam kejadian 18 Jun lalu, Muhammad Danial yang berasal dari Kampung Sri Bintang, Dabong, di sini, kritikal dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana dikesan terdapat methampethamine dalam badannya ketika di bawah jagaan seorang saudaranya.

Sepanjang hampir tiga minggu menerima rawatan di hospital, Rohaya yang menghidap kanser payu dara tahap akhir berkata, dia menguruskan mangsa berseorangan walaupun diri sendiri menanggung kesakitan.



“Saya kini semakin kerap berasa sakit di bahagian dada dan terpaksa bergantung kepada ubat yang perlu diambil setiap hari.

“Apapun, saya perlu menguruskan Danial dan kami juga menumpang orang tua yang sudah uzur dan hanya menyara hidup dengan menoreh getah,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker