Man United buat Liverpool terkedu

Bangkok: Manchester United membelasah Liverpool 4-0 pada perlawanan persahabatan sempena jelajah pramusim kedua-dua pasukan di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam ini.

United yang menurunkan barisan utama pada babak pertama mendahului 3-0 menerusi jaringan Jadon Sancho, Fred dan Anthony Martial.

Pada babak kedua, Liverpool pula menurunkan pemain utama termasuk Darwin Nunez dan Mo Salah manakala United menurunkan barisan muda.



Apapun, Facundo Pellistri mengejutkan Liverpool apabila menjaringkan gol keempat United hasil serangan balas pantas.

Pengurus United, Erik ten Hag bercakap kepada MUTV: “Saya puas hati hari ini. Pasukan ini mempamerkan semangat juang tinggi dan kami sedar baru saja bermula.

“Kami melakukan kesilapan ketika menyerang, memberikan beberapa peluang kepada lawan namun pada masa sama, kami mencipta banyak peluang.

“Kami harus bekerja keras untuk mengurangkan kesilapan, namun kami gembira dengan keputusan ini.



“Saya sedar kami memiliki pemain yang bagus. Kami sedang membina pasukan dan saya gembira dengan keputusan perlawanan pertama sebagai pengurus.”

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button