METMalaysia nafi maklumat tular ribut bertembung

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menafikan penularan maklumat mengenai kejadian dua ribut bertembung di tengah menerusi pelbagai platform media sosial, hari ini.

Dalam satu kenyataan jabatan itu berkata, sistem tekanan rendah yang terbentuk di pantai timur India dijangka bergerak perlahan ke barat memasuki daratan India.

Katanya, sistem ini akan menyebabkan tiupan angin yang kencang dan lembapan bertumpu di sekitar kawasan berkenaan dan tidak akan memberi kesan kepada negara kita.



“METMalaysia ingin menegaskan bahawa penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi METMalaysia serta Hotline di talian 1-300-22-1638,” katanya.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button