Ringgit turun kepada RM4.4385 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa berikutan data pekerjaan bulanan Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh daripada jangkaan untuk bulan Jun.

Ini telah meningkatkan nilai Indeks Dolar AS (DXY) untuk melepasi 108 mata, kali pertama sejak Oktober 2002.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot berbanding dolar AS kepada 4.4385/4405 daripada 4.4250/4270 pada Jumaat.



Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata senarai gaji bukan ladang (NFP) AS yang dipantau rapi, yang mencapai lebih daripada jangkaan pada Jun kepada 372,000 berbanding unjuran konsensus sebanyak 268,000, ternyata akan memberikan sokongan lanjut untuk kenaikan 75 mata asas (bps) lagi dalam Kadar Dana Persekutuan.

“Jika ini menjadi kenyataan, Kadar Dana Persekutuan akan berada pada 2.50 peratus pada akhir Julai dan dilihat berada di landasan untuk mencapai paras unjuran ahli Rizab Persekutuan (Fed) pada 3.40 peratus pada akhir 2022.

“Didapati menormalkan dasar monetari berada pada kedudukan paling penting dalam strategi Fed, yang menjadikan dolar AS lebih menarik,” katanya.

Dalam negara, menurut penganalisis, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sekali lagi pada mesyuarat pada September sebanyak 25 bps lagi kepada 2.50 peratus.



Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding pound kepada 5.2539/2562 daripada 5.2888/2912 pada Jumaat dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.2414/2431 daripada 3.2577/2595 dan meningkat berbanding euro kepada 4.4456/4476 daripada 4.4777/4797 sebelum ini.

Unit tempatan, bagaimanapun, rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1539/1556 daripada 3.1528/1547 dicatatkan pada Jumaat lalu.

Pasaran ditutup semalam sebagai ganti cuti umum Aidiladha yang jatuh pada Ahad.



Bernama

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button