‘Perjanjian’ tidak dimaklumkan secara rasmi-Zahid

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Perjanjian tidak dimaklumkan secara rasmi-Zahid Hamidi

Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi mengesahkan Umno tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai ‘surat perjanjian’ antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Ismail Sabri.

Bagaimanapun, menurut Zahid, selepas meneliti butiran didalam perjanjian berkenaan mendapati situasi ketika perjanjian dibuat adalah untuk memperolehi sokongan yang cukup di Parlimen.

 

Ditanya berkenaan keperluan seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik, Zahid berkata tidak ada keperluan untuk berbuat demikian dalam masa terdekat. Beliau meminta mereka (UMNO) yang dilantik sebagai Menteri terus melakukan yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat.



Berkaitan debaran keputusan ROS, Zahid mengingatkan agar semua pihak menghormati keputusan parti melalui Perhimpunan Agung Umno. 

“kita mempunyai prinsip bahawa keputusan parti melalui perhimpunan agung Umno harus dihormati, malah telah diabsahkan dalam perhimpunan agung luarbiasa umno dan kita telah mengikut prosedur yang ditentukan”

Apabila diajukan mengenai analisis Tun Daim Zainuddin, Zahid menghormati analisa yang dibuat namun beliau mengingatkan agar jentera pilihanraya tidak leka dengan kajian tersebut.

Surat perjanjian palsu

Beliau yang mengulangi kenyataan bahawa proses rejunivasi Umno dan BN akan dibuat pada Pilihanraya Umum Ke-15 dengan mengemukakan muka-muka baru sebagai calon. Ini akan memberi pilihan yang lebih baik kepada rakyat.



Zahid berkata demikian semasa ditemui ketika program Korban Perdana UMNO di bangunan UMNO WTC KL.

“Apa hal PPBM mahu minta jawatan TPM?”

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker