Raphinha selesaikan perpindahan ke Barcelona

LONDON: Barcelona mengesahkan mereka menandatangani Raphinha dari Leeds selepas pemain sayap itu tiba di bandar berkenaan hari ini.

Gergasi Sepanyol itu bersetuju dengan yuran perpindahan £57 juta (RM300 juta) dengan skuad Whites buat pemain Brazil itu.

Arsenal dan Chelsea juga berminat mendapatkan pemain itu musim panas ini tetapi Raphinha sudah beberapa bulan berhasrat ke Nou Camp.

Raphinha kini akan menjalani ujian perubatan sebelum menyelesaikan perpindahan itu menurut kenyataan Barcelona.

Pemain berusia 25 tahun itu dilaporkan bersetuju dengan perjanjian lima tahun dan akan melengkapkan syarat ditetapkan bersama Barca.

Dia tiba di Sepanyol dan berkata menerusi media sosial: “Ini Raphinha dan saya di Barcelona.”

Raphinha menolak perpindahan ke Chelsea selepas Blues bersetuju dengan yuran berjumlah £55 juta (RM289.56 juta) diminta Leeds.

Barcelona kemudian cuba merampas pemain itu tetapi situasi kewangan mereka menyebabkan kelab itu perlu menunggu bagi mendaftarkannya.

Franck Kessie dan Andreas Christensen juga masih menanti untuk didaftarkan selaku pemain Barca selepas bergelar ejen bebas.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker