Tangkap “bangsat” penderhaka negara-Makkal Sakti

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Tangkap bangsat penderhaka negara-Makkal Sakti

Datuk Seri R.S Thanenthiran, Presiden Makkal Sakti semalam telah membuat laporan polis serta meminta polis untuk menangkap ‘bangsat’ yang menjadi penderhaka negara.

Dalam sidang media ringkas di hadapan IPD Dang Wangi, Thanenthiran menegaskan beliau membuat laporan polis terhadap Tun Mahathir dan Tommy Thomas atas isu kehilangan Pulau Batu Puteh serta aset subsidiari Petronas di Azerbaijan.

Makkal Sakti kesal apabila Mahathir melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara. Parti itu turut mempersoalkan kredibiliti Tommy sedangkan ramai lagi yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Peguam Negara.

Thanenthiran turut mendakwa kerana sikap sambil lewa Mahathir dan Tommy telah menyebabkan negara kehilangan aset bernilai RM8.87 billion apabila dirampas melalui Mahkamah oleh waris Kesultanan Sulu.

Beliau turut mendakwa kedua mereka (Mahathir dan Tommy) hanya mahu membalas dendam terhadap mana-mana individu yang tidak sehaluan dengan mereka.

Dalam kenyataan tersebut juga, Makkal Sakti meminta agar siasatan sepenuhnya dijalankan terhadap Mahathir dan Tommy atau sesiapa sahaja yang bersengkongkol menggadai maruah dan kedaulatan negara.

Makkal Sakti

 

“sehingga kini saya tidak faham mengapa atuk (Mahathir) memilih Tommy sebagai peguam negara yang pada dasarnya lemah berucap dalam Bahasa Melayu dan beliau juga adalah seorang peguam swasta. Apakah muslihat atuk membawa Tommy?

“persoalannya sekarang siapakah yang akan bertanggungjawab akan kehilangan (Batu Puteh & aset Petronas) ini? adakah kedua entiti (Mahathir & Tommy) akan mengambil tanggungjawab atau hanya menyatakan saya terkejut atau i am not aware of it as i do not know Bahasa Melayu” – RS Thanenthiran

‘Bahas isu rampasan aset PETRONAS di Azerbaijan’

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker