Cerita surat ROS di meja PM hanya spekulasi

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Cerita Surat ROS di meja PM

 

 

Cerita yang tular di media sosial mengenai surat kelulusan ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) kononnya sudah ada di meja PM hanyalah spekulasi portal berita.

Perkara tersebut disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan petang tadi.

Ahmad Maslan menjelaskan, beliau selaku Setiausaha Agung UMNO belum menerima sebarang surat dari pihak ROS, jadi bagaimana cerita kononnya surat berkenaan sudah ada di meja Ismail Sabri tersebar.

Beliau menjelaskan beberapa perkara berkaitan ROS dan kelulusan Pindaan Perlembagaan Umno yang menarik perhatian ramai.

Ahmad Maslan juga menjelaskan kedudukan pemegang jawatan sediada bukanlah “care taker” seperti diwar-warkan menerusi media kerana ROS sendiri telah mengesahkan kedudukan tersebut masih sah.

Beliau dalam pada itu yakin ROS akan meluluskan Pindaan Perlembagaan Umno sedikit masa lagi.

Eksklusif – ROS perlu 2 minggu umum keputusan

One thought on “Cerita surat ROS di meja PM hanya spekulasi

Leave a Reply