Eksklusif – Keputusan ROS lagi 2 minggu

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

ROS-Jabatan Pendaftaran Pertubuhan

Temubual eksklusif MyTv.Online dengan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) memerlukan masa sehingga 2 minggu lagi sebelum mengumumkan kelulusan pindaan Perlembagaan Umno yang telah dikemukakan.

Datuk Seri Ahmad Maslan

Ahmad Maslan juga mendedahkan beberapa dokumen tambahan perlu dikemukakan kepada ROS bagi mendapatkan kelulusan tersebut.

Umno telah menyerahkan dokumen tambahan seperti yang diminta ROS kata Ahmad Maslan lagi.



Walaupun 16 Julai 2022 dikatakan sebagai tarikh pengumuman keputusan, masih tiada pengumuman dibuat oleh Setiausaha Agung Umno itu.

Sebaliknya ROS memerlukan dokumen sokongan dan UMNO akur dengan permintaan ROS untuk menghantar dokumen yang diminta.

Beliau berkata demikian selepas program Wacana Inspirasi Ummah (WAU) ” Ngo membantu kestabilan” di Dewan Sri Warisan, Bandar Baru Bangi.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker