Ajax setuju lepas Martinez ke Old Trafford



Ajax setuju lepaskan Lisandro Martinez

 

Pertahanan Argentina Lisandro Martinez bakal menjadi pemain ketiga ditandatangani Manchester United pada jendela perpindahan kali ini.

United mencapai persetujuan dengan Ajax semalam dengan kelab Belanda itu mengesahkan kelab Inggeris berkenaan akan membayar 57 juta euro (RM255.9 juta) serta tambahan 10 juta euro (RM44.9 juta) berdasarkan persembahan dan bonus.

“Manchester United dengan sukacita mengumumkan, kelab sudah mencapai persetujuan dengan Ajax untuk perpindahan pertahanan antarabangsa Argentina Lisandro Martinez, bergantung kepada pemeriksaan kesihatan, syarat-syarat pemain serta keperluan visa United Kingdom,” kata United.

Martinez akan kembali bergabung dengan bekas pengendalinya Erik ten Hag di Old Trafford.

Ten Hag sudah menandatangani pemain tengah Christian Eriksen dan bek kiri Tyrell Malacia bagi memperkuat skuad yang menduduki tangga keenam Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Martinez berpindah ke Ajax dari kelab Argentina Defensa y Justicia, memenangi dua gelaran Eredivisie dan membantu juara Belanda itu mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu. – AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker