Nazlan kena “checkmate”, Zeti, Tawfiq bila?

Oleh – Editor

Mohd Nazlan Ghazali kena checkmate

Selepas Raja Petra Kamarudin mendedahkan penglibatan Mohd Nazlan Ghazali dalam penubuhan SRC, banyak lagi perkara terselindung kini mula timbul. Namun demikian, persoalan paling besar yang menjadi tandatanya, bila Zeti dan Tawfiq Ayman akan didakwa?

Skandal SRC dan 1MDB sudah masuk tahun ke-4 dibicarakan di Mahkamah. Pendedahan demi pendedahan turut diperlihatkan kepada umum berkaitan kes tersebut.

Nazlan, Zeti & Tawfiq

Paling mengejutkan apabila Tim Liessner mendedahkan penglibatan suami bekas Gabenor Bank Negara, Tawfiq Ayman dan pendedahan oleh Tommy Thomas, bekas Peguam Negara tentang Zeti.



Siasatan berkaitan Zeti dan Tawfiq sudah diangkat ke meja Pejabat Peguam Negara, cuma tindakan sewajarnya masih belum kelihatan.

Zeti, Tawfiq Ayman

 

Berbeza dengan isu penglibatan Nazlan Ghazali yang menggemparkan seluruh negara. Nazlan merupakan sebahagian daripada Maybank Investment Bank yang mencadangkan agar SRC ditubuhkan.

Baca – Siasatan Terhadap Nazlan

Dalam satu afidavit sokongan lanjutan dan afidavit lanjutan, satu pendedahan menunjukkan bagaimana Nazlan yang pada mulanya menafikan mempunyai sebarang pengetahuan mengenai kemungkiran oleh 1MDB.



Nazlan kena checkmate, Zeti & Tawfiq bila

Bagaimanapun, Nazlan akhirnya mengakui beliau terlibat dalam episod tersebut setelah ditunjukkan jaringan emel dan dokumen sokongan oleh pegawai SPRM.

Ini petunjuk jelas, Nazlan boleh mengambil tindakan mengundurkan diri dari terus mengadili kes SRC dan 1MDB memandangkan wujud “conflict of interest” mengaitkan dirinya.

Siapa dalang sebenar isu SRC & 1MDB?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker