Rafizi bakal Perdana Menteri ganti Anwar Ibrahim



 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

rafizi bakal perdana menteri ganti anwar ibrahim

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dijangkakan bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia bagi menggantikan Anwar Ibrahim.

Andaian ini dibuat oleh sekumpulan pemerhati politik bebas selepas mendengar ucapan Rafizi dalam Kongres Nasional PKR 2022.

Perkembangan menarik ini tidak dilakukan hanya dengan populariti Rafizi yang sedang menumpukan serangan terhadap bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak. 



Sebaliknya, mereka menilai keberanian Rafizi melontarkan pandangan beliau terhadap Presiden PKR, Anwar Ibrahim semasa Kongres Nasional PKR berlangsung.

Rafizi mengingatkan Anwar beliau patut sedar dirinya semakin hilang populariti kerana kelemahan sendiri.

Ini berlaku mungkin kerana Anwar mengambil masa terlalu lama dan terlalu banyak ‘pembohongan’ berlaku sepanjang kariernya sebagai ahli politik.

Ungkap kembali sebahagian “lakonan” Anwar bagi meraih simpati dan sokongan kepadanya,



  • kisah beliau diracun dengan arsenik (tiada kesan sampai sekarang)
  • mengalami sakit belakang kronik (mampu berjoget)
  • perlu memakai pendakap leher (menanggalkan bila tiada kamera)
  • mempunyai sokongan kuat untuk menjadi PM (gagal buktikan)
  • memperolehi angka cukup untuk menjadi PM (tidak dapat buktikan)
  • peralihan kuasa antara beliau dan Mahathir akan berlaku (kena kelentong)
  • dakwaan disokong 15 ahli parlimen Umno (tidak berani dedah nama)

 

Rafizi bakal Perdana Menteri ganti Anwar Ibrahim

Rafizi Ramli yang menewaskan Saifuddin Nasution Ismail bagi jawatan Timbalan Presiden sebaliknya sudah bersedia mengambil alih tampuk PKR dari Anwar tanpa perlu memikirkan bagaimana mahu meraih populariti seperti Anwar.

Kebijakan Rafizi menyusun ‘orang’ beliau dalam MPP PKR bagi memastikan beliau boleh menguasai keseluruhan parti. 12 ‘orang Rafizi’ yang menang dalam MPP PKR membuktikan beliau mampu menumbangkan Anwar pada bila-bila masa walaupun memberi ‘Akujanji’ tidak akan menjadi Azmin ke-2 dalam parti.

“Khemah Besar” Perikatan Harapan, Anwar bakal PM



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker