Wanita dan pasangan bayar ikat jamin

Wanita dan pasangan bayar ikat jamin

 

Wanita yang tular ketika membuat persembahan di kelab komedi, Siti Nuramira Abdullah dan teman lelakinya, V Alexander Navin, hari ini membayar wang jaminan masing-masing berjumlah RM20,000.

Wang jaminan itu adalah hasil kutipan sumbangan orang ramai, yang dimasukkan ke dalam akaun kumpulan hak asasi manusia, Lawyers For Liberty (LFL).

Siti Nuramira dan Navin masing-masing dijamin oleh rakan mereka di Kaunter Bayaran Jaminan di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan Petaling Jaya iaitu di tempat di mana mereka didakwa, melalui peguam R Sivaraj.

Bagaimanapun, Sivaraj yang ditemui media ketika proses jaminan, berkata beliau tidak dapat mengesahkan bila anak guamnya yang masing-masing ditahan Penjara Satelit Beranang (Nuramirah) dan Penjara Satelit Kuala Kubu Bharu (Navin) akan dibebaskan.

Menurut peguam itu, wang jaminan berjumlah RM40,000 yang berjaya dikumpul adalah hasil kutipan sumbangan orang ramai dengan menggunakan akaun LFL.

“LFL mengeluarkan dana itu kepada saya sebagai pemegang amanah. Saya akan menyerahkannya kepada penjamin, yang kemudiannya akan membuat bayaran kepada mahkamah serta disimpan dalam jagaan mahkamah.

“Prosedur ikat jamin akan dilakukan hari ini, tetapi kami tidak pasti bila mereka akan dibebaskan. Namun, selaku peguam, saya berpandangan tertuduh sepatutnya dibebaskan serta merta selepas membayar wang ikat jamin.

“Kebiasaannya, kami memahami dalam tempoh pandemik ini berlaku kelewatan pembebasan mereka yang disebabkan oleh faktor teknikal, pengangkutan dan kuarantin,” katanya.

PERSEMBAHAN KOMEDI HINA AGAMA ISLAM

Pada 13 Julai lalu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam ketika melakukan persembahan di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali, yang membenarkan Siti Nuramira, 26, diikat jamin RM20,000 oleh seorang penjamin, memberi amaran kepadanya supaya tidak mengulas mengenai kes itu.

Pada hari yang sama, Navin, 38, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memuat naik kandungan menghina di media sosial.

Bagi pertuduhan pertama, Navin didakwa berkongsi di akaun Instagram pada 5 Jun dengan niat untuk menghina orang lain.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa berkongsi kandungan melalui akaun YouTube pada 16 Jun dengan niat untuk menghina orang lain.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker