13,000 hadir lihat trio serangan PSG berlatih

Tokyo: Lionel Messi, Neymar dan Kylian Mbappe berjaya menarik kehadiran ribuan penonton di Tokyo apabila Paris Saint Germain (PSG) mengadakan sesi latihan pertama di Jelajah Jepun.

Kira-kira 13,000 peminat hadir di padang ragbi Chichibunomiya untuk menyaksikan sesi latihan terbuka dan dihidang dengan aksi menarik oleh trio serangan PSG itu terutama dari segi kemahiran individu.

Peminat bersorak ketika pasukan itu masuk untuk berjoging mengelilingi padang dan setiap sentuhan pemain disambut dengan jeritan yang kuat.

Pengawal keselamatan juga dikerah apabila beberapa peminat menceroboh padang sebaik sesi latihan selesai.



Masayuki Yoshizawa, seorang pekerja pejabat berusia 38 tahun yang tiba di stadium dengan memakai jersi PSG era 1990-an, memberitahu AFP, dia tidak sabar untuk menonton penyerang bintang, Mbappe.

“Pasukan Ligue 1 biasanya tidak datang ke Jepun – mereka biasanya pergi ke China,” katanya, sambil menambah bahawa dia menjadi peminat PSG sejak Leonardo dari Brazil menyertai mereka dari kelab Jepun, Kashima Antlers pada 1996.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker