Bubar akhir Julai, PRU15 awal September

 

Oleh – Bakhtiar Omar

Bubar akhir Julai, PRU15 awal September

Sidang parlimen yang bermula semalam dijangkakan menjadi sidang terakhir untuk penggal ini. Ini berikutan spekulasi Parlimen akan bubar pada akhir Julai dan jangkaan PRU15 pada awal September oleh penganalisa politik bebas.

Perlu diakui, Kerajaan Keluarga Malaysia di bawah pimpinan Dato Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mencapai tahap tertinggi, tindakan pembubaran perlu dilakukan segera bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap proses demokrasi.

Faktor cuaca juga memainkan peranan penting untuk membolehkan PRU15 diadakan awal September memandangkan kebiasaannya bermula Oktober musim monsun bermula.

Hampir kesemua parti politik Malaysia tidak mempunyai “wow factor” untuk berdepan PRU15, namun tindakan membubarkan parlimen tidak dapat dielakkan lagi.

Bajet 2023 bukan lagi penyumbang ‘wow factor’ yang diperlukan dan tidak lagi menarik perhatian rakyat secara keseluruhan.

Melihat takwim sidang Dewan Rakyat tidak memungkinkan pembentangan Bajet 2023 dilakukan seperti lazimnya.

Mereka sudah merasai pemerintahan 3 era dalam tempoh satu penggal Parlimen bermula dengan ‘Hikayat’ Pakatan Harapan, diikuti ‘Dongeng’ Perikatan Nasional dan kini berdepan dengan ‘Ceritera’ Keluarga Malaysia.

Kini rakyat perlu menilai kembali apa bentuk kerajaan yang mereka mahukan dan mencoraknya pada PRU15. Mungkin sudah sampai masanya rakyat membetulkan kembali kesilapan mereka pada PRU14.

RAKYAT ‘MUAK’ WUJUD KERAJAAN YANG RAPUH DAN SENANG DIUGUT

Rakyat sudah mangli dengan permainan politik semua parti, merasakan mereka memerlukan sebuah kerajaan yang dominan, tidak boleh diganggu gugat dengan ugutan.

Mereka mahukan sebuah kerajaan yang mampu menjamin ekonomi negara serta poket rakyat agar tidak ketara tertekan dengan kenaikan inflasi dunia.

Dengan pelbagai isu melanda kebelakangan ini, rakyat semakin keliru kemana sebenarnya hala tuju kerajaan Keluarga Malaysia yang ikatannya agak rapuh.

Walaupun Perdana Menteri bersama pembangkang mencapai persetujuan menerusi MoU memberi sokongan kepada Ismail Sabri, ia akan berakhir pada akhir Julai.

MoU berkenaan dikatakan tidak akan dipanjangkan tempohnya memandangkan tempoh matang Parlimen Ke-14 sudah semakin hampir.

SEMUA PARTI HILANG POPULARITI, TERPULANG PADA RAKYAT UNTUK MEMBENTUK ACUAN BARU KERAJAAN

Keluarga Malaysia Bubar akhir Julai, PRU15 awal September

Boleh dikatakan populariti hampir semua parti politik merudum kerana gagal menunjukkan komitmen yang diharapkan rakyat. 

Bagaimanapun, keegoan parti politik masih tinggi dan enggan mengakui kelemahan pentadbiran mereka sewaktu diberikan peluang berbuat demikian. Mengganggap mereka telah membuat yang terbaik kepada rakyat dan meletakkan kegagalan mereka kepada rakyat adalah satu kesilapan besar mana-mana parti politik.

Bayangkan jika Ismail Sabri Yaakob tampil dan mengakui serta meminta maaf atas kegagalan beliau mengawal kabinet Keluarga Malaysia dan tidak dapat memenuhi aspirasi serta kemahuan rakyat bila membuat pengumuman pembubaran Parlimen.

Ismail Sabri selaku Naib Presiden UMNO, perlu memikirkan survival politik partinya dahulu sebelum ‘berhati mulia’ memikirkan nasib parti lawan.

 

Arah bubar Umno, Mahathir pembohong!

 

 

 

 

Leave a Reply