Melly Goeslaw Jalani Pembedahan Bariatrik

Demi mendapatkan tubuh badan yang sihat dan ideal, penyanyi, Melly Goeslaw telah melakukan pembedahan bariatrik, baru-baru ini. Berita tersebut dikongsikan oleh Melly menerusi akaun Instagramnya.

Salah satu langkah besar yang diambil

Menurut Melly, keputusan untuk melakukan pembedahan tersebut bukanlah suatu keputusan yang mudah buat dirinya. Namun begitu, Melly menyifatkan langkah tersebut merupakan jalan terbaik buat dirinya mendapatkan tubuh badan yang sihat serta ideal.

Bismillah aku mahu kongsi detik bahagiaku. Salah satu langkah besar dihidupku yang ternyata sangat menyenangkan. Aku melakukan ‘Bariatric’. Teman-teman boleh cari maksud apa itu Bariatric. Aku pasti akan kongsikan pengalaman sewaktu menjalani pembedahan tersebut bagi mendapat tubuh badan yang ideal serta sihat pastinya.



Tambah Melly, dia bersyukur kerana urusan pembedahan tersebut dipermudahkan oleh Allah. Melly turut berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang menjaganya sepanjang berada di hospital. Bukan itu sahaja, ucapan terima kasih buat suami tercinta turut dititipkan menerusi posting berkenaan.

Diet tetap obesiti

 

 

 



View this post on Instagram

 

A post shared by Melly Goeslaw (@melly_goeslaw)

 



Mengulas lebih lanjut mengenai kenapa pembedahan bariatrik menjadi pilihan, Melly memberitahu sebelum ini dia telah mengikuti satu program diet dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 25kg. Walaupun berjaya menurunkan berat badan, Melly menyatakan bahawa dia masih obesiti dan perlu menurunkan sebanyak 35kg.

Gula dalam darah saya tinggi, jadi nafsu makan saya memang banyak. Jadi susah nak turun. Sekarang saya jadi segar walau minum air putih sahaja. Saya rasa tidak lapar. Doakan saya kuat jalani kehidupan selepas ini. Tubuh badan yang langsing merupakan impian setiap wanita termasuk saya. Tapi keutamaan untuk sihat sangat penting bagi saya agar boleh bekerja dan menghasilkan banyak lagi karya. Paling penting juga, bahagia bersama suami dan anak-anak. Saya tidak mahu minum ubat diet apapun lagi selepas ini.

Melly Goeslaw



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button