Pembangkang Terus Julang Persepsi Dalam Usaha Raih Sokongan

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Shahrol Nasrun menempelak sikap dan tindak tanduk Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih menjulang persepsi dalam usaha mengelirukan rakyat terhadap isu semasa dalam negara hari ini.

Jelas beliau isu minyak masak sebagai contoh dilihat menjadi sasaran kepada pihak berkenaan dalam usaha menjadikan segala tindakan yang diambil oleh kerajaan menimbulkan kesangsian kepada masyarakat di luar sana.

“Usahlah dipolitikkan isu minyak sawit ini wahai Anwar. Dengan keadaan harga kelapa sawit sedang meningkat, sememangnya secara logik harga minyak sawit akan meningkat. Selain itu, jangan hanya memandang sesuatu isu pada dasar sahaja dan bahas menggunakan retorik semata.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang Parlimen semalam telah menyatakan bahawa subsidi minyak ini tidaklah ditarik sepenuhnya. Minyak masak paket untuk kegunaan domestik masih kekal subsidinya,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Menerusi perkongsian di media sosialnya, beliau turut berkongsi video berkenaan ketika Anwar menyampaikan ucapan pada Kongres PKR semalam.

 

 

 

Shahrul seterusnya berharap masing-masing memainkan peranan dengan menyatakan perkara sebetulnya dan bukannya sekadar persepsi semata-mata.

“Perdana Menteri juga maklum akan penyalah gunaan berkenaan minyak masak paket dan botol akibat jurang harga yang tinggi. Beliau jugak telah mengarahkn KPDNHEP untuk memperketatkan penguatkuasaan.

“Jadi janganlah sesekali memperbodohkan rakyat hanya untuk kuasa. Tetapi, berilah penjelasan kepada rakyat untuk kesejahteraan bersama,” ujarnya lagi.

UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker