Nini Yusof CEO baharu MPTN dan Primeworks Studios

Nini Yusof CEO baharu MPTN dan Primeworks Studios

Nini Yusof CEO baharu MPTN dan Primeworks Studios
NINI Yusof.

Kuala Lumpur: Media Prima Berhad (Media Prima), mengumumkan pelantikan Nini Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Television Networks (MPTN) dan Primeworks Studios baharu berkuat kuasa 1 Ogos 2023.

Nini akan menggantikan Datuk Khairul Anwar Salleh yang memilih untuk meninggalkan kumpulan bagi memberi tumpuan yang lebih terhadap minat beliau di dalam bidang seni lukis dan penulisan kreatif.

Sebagai CEO, Nini akan mengetuai operasi TV3, TV9, 8TV, ntv7, Tonton dan Primeworks Studios dan melaporkan kepada Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali.



Rafiq berkata, pihaknya gembira mengumumkan Nini sebagai CEO baharu MPTN dan Primeworks Studios.

“Pengalaman yang luas dalam segmen media tempatan dan serantau yang beliau miliki adalah sangat berharga kepada kumpulan untuk terus menyediakan kandungan berkualiti tinggi buat audiens dan penyelesaian inovatif kepada pengiklan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi UMNO Menghalakan Serangan Ke Arah Yang Salah




“Rekod prestasinya yang terbukti dengan Media Prima akan memastikan peralihan operasi serta integrasi yang lancar dalam peranan baharu ini ketika kami terus bergerak maju dalam landskap media yang berkembang pesat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Media Prima mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Khairul atas sumbangan beliau kepada pertumbuhan dan kejayaan MPTN dan Primeworks Studios sepanjang perkhidmatan beliau sebagai CEO.

“Sumbangan Khairul kepada syarikat amat penting dalam mengekalkan kedudukan kami sebagai rangkaian televisyen terkemuka di Malaysia.

“Kami mendoakan yang terbaik kepada beliau dalam usaha masa depannya,” katanya.



Sebelum ini, Nini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MPTN dan Primeworks Studios dan memegang beberapa jawatan kepimpinan utama di Media Prima sejak menyertai Media Prima pada 2012.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

GERAKAN hanya ‘pencacai’ PN di N.Sembilan


Jawatan utama terdahulunya termasuk Pengarah Jualan dan Strategi MPTN serta Ketua Pegawai Kandungan Media Prima Omnia dan Primeworks Studios.



Selain mengurus operasi penyiaran dan kandungan kumpulan di dalam negara, beliau juga mengetuai beberapa kerjasama kandungan yang mendapat ‘rating’ tinggi dengan penyiar antarabangsa dan rakan kongsi seperti SBS untuk Masters In The House Malaysia, E! Entertainment untuk E! News dan Cooking For You yang akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu program kulinari hasil inisiatif kerjasama lima negara di bawah Kesatuan Penyiaran Asia-Pasifik (ABU).

Selain itu, pada 2016, beliau melancarkan usaha sama antara Media Prima dan CJENM bagi perniagaan Home Shopping dan E-Dagang-CJ Wow Shop (Wowshop).

Usaha sama ini adalah inisiatif transformasi perniagaan penting yang bertujuan untuk meluaskan sumber aliran pendapatan kumpulan.

Sebelum menyertai Media Prima, Nini berkhidmat dengan NBC Universal dan bersama Fox Networks Group dan STAR TV.



Berpangkalan di Singapura, beliau bertanggungjawab terhadap jualan dan pemasaran rakan kongsi, pengedaran di sembilan pasaran untuk lebih daripada 20 saluran termasuk saluran National Geographic Channels, Fox, dan Star, yang ikonik.

Beliau juga sebahagian daripada pasukan pembangunan filem Fox International Productions untuk pasaran Indonesia selain memulakan kerjayanya bersama KPMG.

Nini Yusof CEO baharu MPTN dan Primeworks Studios


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selamat Tinggal Sanusi Md Nor



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading