Anwar Ibrahim perlu bersedia untuk turun jawatan

 

Oleh – Bakhtiar Omar

Anwar Ibrahim perlu bersedia untuk turun jawatan

Berikutan kemenangan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden PKR, Presidennya, Anwar Ibrahim perlu bersedia untuk turun jawatan dalam masa terdekat.

Rafizi, membawa gelombang baru bagi menggantikan semangat reformasi yang kian luntur dalam kalangan ahli PKR sendiri.

Ini berikutan kegagalan Anwar memenuhi janji beliau untuk menjadi Perdana Menteri sejak tertubuhnya PKR selepas dipecat Mahathir Mohamed.

Sekian lama para penyokong Anwar menantikan kemunculan beliau sebagai PM, namun semuanya sekadar kata-kata “saya mempunyai sokongan”, “I have numbers”.

Semakin banyak alasan yang diucapkan Anwar sebenarnya semakin sukar untuk dipercayai penyokong PKR sendiri.

Anwar Ibrahim perlu bersedia untuk turun jawatan

Terbaru, beliau mendedahkan, kononnya sudah memperolehi sokongan yang cukup dari Umno bagi membolehkannya menjadi Perdana Menteri.

Namun begitu, beliau menolak untuk menerima tawaran diangkat sebagai PM kerana prinsip politiknya.

Agak malang bagi PKR bilamana Presiden mereka tidak berani mendedahkan senarai penuh nama pemimpin Umno yang didakwanya menyokong beliau sebagai PM. Mengapa?

Rafizi bakal Perdana Menteri ganti Anwar Ibrahim

Memalukan bila seorang yang sekian lama bermain politik hanya berani mendakwa itu ini tetapi akhirnya tidak mempunyai keberanian membuktikan dakwaan.

Sudah tentu semuanya dinilai penyokong PKR dan tidak mustahil Anwar akan didesak melepaskan jawatannya kerana sudah tiba masa untuk generasi yang lebih bertenaga dan mempunyai aspirasi mengambil alih PKR sdemi survival parti itu sendiri.

RAFIZI CEMERLANG MULAKAN TUGAS ‘MENGHASUT’ AHLI BUAT LAPORAN POLIS

Anwar Ibrahim perlu bersedia turun jawatan

Berlainan dengan Rafizi yang memulakan tugas sebagai Timbalan Presiden PKR. Semalam, lebih 100 laporan polis telah dibuat oleh ahli PKR seluruh negara terhadap bekas PM, Najib Razak.

Boleh dikatakan semua laporan polis tersebut digarap oleh Rafizi sendiri bagi memastikan pihak PDRM mengambil tindakan segera.

Najib turut mengulas mengenai laporan polis tersebut dan menyifatkannya sebagai satu kerja ‘bodoh’ kerana pihak PDRM hanya memerlukan satu laporan sahaja untuk membuka kertas siasatan.

“Setelah siasat mungkin lebih 100 orang akan didakwa buat laporan palsu sebab yang sebenarnya cuai ialah kabinet kerajaan PH yang tak pernah bincang tuntutan wakil Sulu, tak pernah berbunyi terhadap isu ini sepanjang tempoh mereka memerintah serta bekas Peguam Negara yang mengeluarkan surat luar biasa bodoh kepada wakil Sulu yang telah digunakan sebagai bukti oleh pihak lawan bahawa Malaysia sudah mengaku salah.” – ulasan Najib berkaitan laporan polis terhadapnya.

Rafizi bakal Perdana Menteri ganti Anwar Ibrahim

 

 

Leave a Reply