BN Jadi Mangsa Mainan Persepsi Bukan Sindrom Baharu

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin melihat bukan perkara pelik dan bukannya satu perkara baharu apabila kenyataan pimpinan UMNO mahu pun Barisan Nasional (BN) menjadi bahan mainan persepsi politik untuk memburukkan parti berkenaan.

Tegas beliau sebagai contoh apa yang berlaku Isnin berhubung kenyataan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan minyak masak di Parlimen yang disunting adalah satu perkara biasa dan dijadikan modal oleh pihak yang mahu memburukkan pimpinan parti.

“Itu baru satu contoh dan banyak lagi yang kadangkala menjadi mainan persepsi atau bahan politik oleh pihak-pihak yang ingin memburukkan parti. Kadangkala di bahagian saya sendiri Temerloh turut menjadi sasaran oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Perkara ini bukanlah sindrom baharu sebaliknya telah lama dilaksanakan oleh mereka-mereka yang ingin menjatuhkan reputasi serta untuk menunjukkan kepada rakyat kononnya BN tidak prihatin dan sebagainya lagi terhadap rakyat.

“Yang berlegar di media sosial kadangkala tidak benar malah tidak tepat kerana mereka menggunakan kaedah suntingan tertentu dalam usaha menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat kepada pimpinan UMNO serta BN,” katanya kepada UMNO-Online.

Sharkar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang dan Ketua UMNO Bahagian Temerloh seterusnya menegaskan dalam apa jua keadaan percayalah UMNO dan BN tetap menjadi benteng terhadap kepentingan serta kebajikan rakyat.

Tambahnya apatah lagi cogan kata UMNO ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ menjadi pegangan dalam usaha merealisasikan harapan dan impian masyarakat di luar sana untuk memperjuangkan agenda kebajikan mereka.

“Percayalah… UMNO dan BN sama sekali tidak meminggirkan rakyat apatah lagi untuk menekan dengan pelbagai perkara yang membebankan mereka sebaliknya kita terus berusaha untuk menjaga dan seterusnya berkhidmat sebaik mungkin, insya-Allah,” ujarnya.

UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker