Kebakaran pusat karaoke disyaki tiada unsur khianat

Polis siasat dakwaan ADUN Selangor dera bekas isteri

Alor Setar: Kebakaran kali kedua yang membabitkan sebuah pusat karaoke di Jalan Putra, Mergong di sini, Ahad lalu, dipercayai tidak mempunyai unsur khianat.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari berkata, siasatan awal setakat ini mendapati tiada sebarang unsur khianat, namun siasatan masih diteruskan.

Beliau berkata, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah juga turut melakukan siasatan untuk mencari punca sebenar kebakaran berlaku.

“Setakat ini, siasatan awal memang tiada unsur khianat tapi kes masih dalam siasatan,” katanya ketika ditemui semalam.



Dalam kejadian Ahad lalu, tiga bilik VVIP di tingkat atas serta ruang bawah sebuah ini pusat karaoke di Jalan Putra, Mergong musnah dalam kebakaran.

Kebakaran itu turut menyebabkan dua bilik karaoke VIP di pusat hiburan bersebelahan turut musnah dalam kejadian jam kira-kira 10 pagi itu.

Pusat karaoke itu pernah terbakar kali pertama 22 April lalu sehingga mengakibatkan tiga individu maut.

Pada kejadian berkenaan, tiga mangsa terbabit, Mark Barry, 32, Kim Mei Kit, 32, dan lelaki, Jeffry Tan Yan Wei, 30, ditemukan terbaring dalam bilik VIP 2 di pusat karaoke berkenaan.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker