Usul RUU “mengejut” bakal dibentangkan?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Dewan Rakyat, Usul RUU "mengejut" bakal dibentangkan?

Desas-desus sedang berlegar ada usul RUU (Rang Undang Undang) “mengejut” akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Menurut desas-desus itu, pembentangan usul RUU ini akan menyekat mana-mana ahli parlimen yang dijatuhi hukuman bersalah tetapi masih dalam proses rayuan di Mahkamah dari bertanding pada PRU15 akan datang.

Benarkah dakwaan maklumat tersebut dan mengapa RUU itu perlu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa?

Usul tersebut dipercayai akan dibacakan dan akan disokong gerombolan tertentu dalam Dewan Rakyat dalam masa sehari untuk diluluskan.

Siapa yang mencadang dan merancang usul tersebut tidak diketahui, namun begitu dipercayai ia ada kaitan dengan usaha menghalang 2 ‘supremo’ Umno dari bertanding pada PRU15.

Pihak perancang usul “mengejut” ini masih mencari siapakah yang ada keberanian untuk membentangkannya di Parlimen sedikit masa lagi.

Zahid & Najib Usul RUU "mengejut" bakal dibentangkan?

Jika benar maklumat yang berlegar ini, maka benarlah kalangan ahli parlimen sudah bersedia untuk ‘mematikan’ karier politik Najib dan Zahid.

Adakah ini arahan dari individu tertentu? 

Mungkin akan ada pihak yang berasa tidak senang dengan desas-desus ini, namun perkara sebegini tidak boleh dipandang ringan.

Jika melihat serangan di luar Dewan Rakyat, dapat dilihat serangan bertubi dilakukan terhadap Najib dan Zahid kerana kebetulan kedua pemimpin Umno ini mempunyai kes di Mahkamah.

Adakah Ahli Parlimen UMNO akan menyokong usul ini jika dibentangkan?

 

Tuntutan Sulu,”Bossku” ancaman besar kegagalan PH

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker