Kakitangan kerajaan disamun, dicabul ketika pulang

PUTRAJAYA: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila disamun dan dicabul seorang lelaki di sebuah kuarters penjawat awam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner AAsmadi Abdul Aziz, berkata kejadian berlaku pada 5.30 petang semalam ketika wanita berusia 30-an itu berjalan menuju ke rumahnya.

Menurutnya, mangsa mendakwa diekori seorang lelaki tidak dikenali dari tempat letak kereta sehingga ke koridor aras sembilan berdekatan rumah mangsa.



Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek menolak badan mangsa ke arah dinding dan merampas beg tangan mangsa sebelum melarikan diri melalui laluan tangga.

“Mangsa kemudian mengejar suspek sehingga aras dua sebelum suspek sekali lagi mendekati mangsa dan merampas telefon bimbit jenis iPhone 8 selain mencabul mangsa,”katanya ketika dihubungi, hari ini.

Asmadi berkata, mangsa sempat menumbuk suspek di bahagian pipi kanan dan menjerit meminta tolong sebelum suspek melarikan diri selepas jeritan didengari penghuni.

Beliau berkata, mangsa yang masih bujang mendakwa wang tunai berjumlah RM300 di dalam beg tanganya turut dilarikan suspek.



Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek malah, tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

“Berdasarkan keterangan mangsa, suspek berambut pendek, berkulit gelap dan berbadan berisi selain berketinggian kurang lima kaki serta berbaju-T warna putih dan berseluar trek hitam.

“Suspek masih dalam keadaan terkejut dengan kejadian yang berlaku dan usaha memburu suspek sedang dilakukan melalui kaedah fotofit,”

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana kesalahan samun dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button