Kilang logam dikompaun RM10,000

Butterworth: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengeluarkan kompaun masing-masing berjumlah RM10,000 ke atas dua kilang logam di Kawasan Perusahaan Perai, di sini, ketika mengadakan pemeriksaan semalam.

Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, kompaun dikeluarkan selepas dua kilang berkenaan gagal menguruskan buangan terjadual mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Menurutnya, ia membabitkan kegagalan meliputi isu pelabelan, penstoran dan penyediaan inventori buangan yang betul.

“Dalam pada itu, pasukan penguat kuasa JAS turut mengambil sampel ke atas buangan terjadual berkenaan sebelum dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Pulau Pinang untuk dianalisa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak industri diingatkan sentiasa memastikan tahap pengurusan buangan terjadual mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

“JAS sentiasa bersedia membantu pihak industri atau pemaju yang memerlukan khidmat nasihat berkaitan pengurusan buangan terjadual.

“Pihak premis boleh menghubungi atau menghadiri latihan-latihan yang disediakan dari semasa ke semasa,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker