Mahathir ‘backup’ Rafizi, ada “hubungan sulit”?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Mahathir 'backup' Rafizi, ada 'hubungan sulit'?

Bekas Perdana Menteri Ke-7, Tun Mahathir secara tiba-tiba mengulas mengenai hubungan Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli dalam PKR.

Mahathir turut mengakui kini Anwar sudah tidak sepopular seperti zaman kegemilangan reformasi. Ini kerana tidak lagi relevan untuk Anwar bergantung kepada kisah lampau perjalanan politiknya bagi meraih sokongan.

Mahathir turut mengkritik Anwar yang masih bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan menjadikan itu modal supaya ahli PKR kekal setia kepadanya.



Anwar Ibrahim-surat dari Kajang

Berbeza dengan Rafizi yang membawa ‘nafas baru’ yang membuat kemunculan kembali selepas mengambil keputusan untuk bersara dari politik pada 2019.

Cuma kali ini kemunculan Rafizi lebih kuat apabila menang jawatan Timbalan Presiden PKR dan membawa kembali Nurul Izzah ke lingkungan kepimpinan tertinggi PKR sebagai Naib Presiden.

NURUL IZZAH KEMBALI SEBAGAI NAIB PRESIDEN SELEPAS RAFIZI MENANG TIMBALAN PRESIDEN

Mahathir 'backup' Rafizi, ada 'hubungan sulit'?

Ini menimbulkan persoalan, mengapa Izzah menerima jawatan hanya selepas Rafizi menang Timbalan Presiden? 

Menambah lebih banyak kemusykilan, Rafizi nampak senada dengan Mahathir apabila mensasarkan Najib Razak sebagai subjek untuk diserang. Apa relevan untuk menyerang Najib selepas tidak lagi bergelar Perdana Menteri?



Seperti juga Mahathir, Rafizi memfokuskan Najib untuk dijadikan modal meraih perhatian ramai. Ini menguatkan dakwaan beberapa pihak, Rafizi sebenarnya menurut arahan seseorang untuk terus menyerang Najib. 

Siapakah individu yang sangat berkuasa itu? Perlu diingatkan, Rafizi ‘terhutang budi’ apabila Pakatan Harapan menjadi kerajaan pada Mei 2018. Kes BAFIA  Rafizi Ramli digugurkan dan beliau dilepaskan daripada sabitan kes pada 15 November 2019.

Rafizi Hanya Anggap Anwar Sebagai Liabiliti Parti

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker