MoU gagal dipatuhi, elok ditamatkan sahaja



 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

MoU gagal dipatuhi, elok ditamatkan sahaja

Sekali lagi MoU Kerajaan Keluarga Malaysia dan Pakatan Harapan tidak memberi jaminan sokongan. Seeloknya Mou tersebut ditamatkan lebih awal dari tarikh yang dipersetujui.

Semalam kerajaan hanya memperolehi 105 undi sokongan usul yang membatalkan keputusan Dewan Rakyat Mac lalu berhubung Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Dengan keputusan 105 menyokong, 83 tidak menyokong manakala 32 tidak hadir semasa usul dibacakan, ini bukanlah petunjuk yang bagus.



MoU gagal dipatuhi, elok ditamatkan sahaja

Ini tidak selari dengan MoU yang telah PH persetujui pada 13 September 2021 bersama Ismail Sabri.

Antara kandungan MoU Pakatan Harapan dan Kerajaan Keluarga Malaysia –

  • Antara lain, PH bakal mengambil pendirian sama ada menyokong atau berkecuali bagi undi Belanjawan 2022, termasuk undang-undang pembekalan atau kewangan berkaitan, selepas proses penggubalan itu dirundingi, dan dipersetujui secara bersama pada dasarnya.
  • Selain itu, PH boleh menyokong atau berkecuali dalam proses meluluskan apa-apa usul kerajaan, atau RUU lain, yang kegagalan meluluskannya merupakan satu bentuk ketidakpercayaan, atau tiada keyakinan terhadap Kerajaan, selepas proses penggubalan itu dirundingi, dan dipersetujui secara bersama pada dasarnya.
  • Selain itu, MoU itu turut menyebut, kegagalan menunaikan dan melaksanakan klausa-klausa tertentu serta mana-mana transformasi yang digariskan, adalah satu pelanggaran dan boleh mengakibatkan penamatan perjanjian berkenaan.

 

Keluarga Malaysia

Sewajarnya Kerajaan Keluarga Malaysia mempertimbangkan untuk mengkaji semula perjanjian atau MoU bersama PH selepas mengambil kira undian semalam.

Ini mungkin rentetan kegagalan Dewan Rakyat meluluskan usul kerajaan melanjutkan kuat kuasa bagi Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) pada 23 Mac 2022.



Pada 23 Mac lepas, kerajaan kalah dalam undian dengan kiraan 85 setuju, 86 tidak setuju manakala 49 tidak hadir.

Pembangkang mungkir janji, langgar komitmen MoU – Zahid Hamidi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker