Kelahiran menakjubkan Bayi kembar dalam kantung!

Rio de Janeiro: Pasangan kembar di Brazil masih berada dalam kantung amniotik ketika dilahirkan.

Gambar proses kelahiran ini menjadi detik menakjubkan kerana ia hanya berlaku dalam 80,000 kelahiran.

Kantung yang melindungi bayi ketika di dalam tempoh kandungan masih lagi menyeliputi mereka, dan tidak pecah ketika proses kelahiran berlaku.

Pada kebiasaannya, kantung itu akan pecah secara semula jadi ketika proses bersalin, namun bagi kes ini doktor terpaksa memecahkannya.



Cristiane Mucci melahirkan anak kembar perempuannya Maria Cecilia dan Maria Alice menerusi pembedahan pada 11 Jun lalu.

Kembar itu dilahirkan di Hospital de Nossa Senhora das Dores di Ponte Nova, sebuah daerah di Minas, tenggara Brazil.

Kelahiran mereka disambut pakar sakit puan dan obstetrik, Dr Emilio Garavini, dalam keadaan kedua-dua bayi berkenaan, sihat.

Peristiwa bersejarah itu dianggap ‘berbeza dan istimewa’ kepada petugas hospital berkenaan.



Hospital itu dalam satu kenyataan mengesahkan bayi kembar berkenaan dilahirkan pada 11 Jun.

“Cristiane Mucci melahirkan Maria Cecilia dan Maria Alice Mucci dalam keadaan sihat dan selamat.

“Namun ketika dilahirkan bayi kembar itu masih berada dalam kantung yang melindungi mereka sepanjang tempoh kandungan,” kata hospital itu.

Kelahiran istimewa ini bukan pertama kali berlaku kerana sudah lima kejadian sama dilaporkan di Brazil.

Sebuah klinik di Sao Miguel do Oeste sebelum ini menyambut kelahiran dalam keadaan sama membabitkan bayi bernama Davi Lucca Rosset Basso, September tahun lalu.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker