Nunez tunjuk bisa ledak 4 gol

LEIPZIG, Jerman: Jurgen Klopp berkata “kotak Pandora” sudah terbuka apabila pemain baharu Liverpool, Darwin Nunez meledak empat gol ketika menang 5-0 pada aksi persahabatan menentang RB Leipzig hari ini.

Skuad Reds membawa Nunez ke Anfield dari Benfica bulan lalu dengan yuran perpindahan boleh memecahkan rekod kelab 100 juta euro (RM455.89 juta).

Pemain Uruguay itu yang meledak 34 gol musim lalu, dikritik sebahagian penyokong selepas gagal menemui gawang pada perlawanan pertama Liverpool dalam pramusim menentang Manchester United dan Crystal Palace.

Namun dia masuk selepas babak pertama menentang Leipzig di Jerman dengan Liverpool mendahului 1-0 hasil jaringan Mohamed Salah dan menjaringkan penalti serta menambah tiga lagi gol.

“Mo memberikan Darwin penalti dan Darwin, kotak Pandora sudah terbuka,” kata Klopp kepada liverpoolfc.com. “Itu sudah tentu malam yang sempurna buatnya.

 

 

 

“Kami sentiasa berfikir jika anda membayar wang yang banyak, pemain tidak akan merasa tekanan atau apa sahaja.

“Mereka semua manusia biasa dan sentuhan pertama tidak sempurna dan secara tiba-tiba… Generasi pemain ini membaca media sosial, yang sebenarnya tidak bijak, tetapi mereka melakukannya.

“Dan secara tiba-tiba anda tergesa-gesa, perkara seperti ini berlaku. Itu adalah cara yang jelas untuk menamatkan semua perbincangan ini.”

Liverpool menang Piala FA dan Piala liga musim lalu namun hanya bergelar naib juara Liga Perdana serta Liga Juara-Juara akan berdepan Manchester City pada Perisai Komuniti minggu depan.

Nunez, 23, dijangka akan menjadi pemain utama skuad Klopp selepas pemergian Sadio Mane ke Bayern Munich.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker