Sadio Mane Pemain Terbaik Afrika



RABAT: Sadio Mane dimahkotakan selaku Pemain Terbaik Afrika di Rabat hari ini buat kali kedua.

Penyerang Senegal itu kali pertama menang anugerah berkenaan pada 2019 ketika dia bersama Liverpool.

Pemain berusia 30 tahun itu meninggalkan kelab Liga Perdana itu bulan lalu selepas menandatangani perjanjian tiga tahun bersama Bayern Munich.

“Saya sangat bertuah dan gembira menerima anugerah ini sekali lagi,” kata Mane.



“Terima kasih kepada jurulatih saya, kelab saya dan rakan sepasukan antarabangsa dan rakan-rakan yang sentiasa ada bersama saya pada saat sukar.”



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker