Hei Zidane Iqbal… tak guna punya budak

MANCHESTER: Manchester United menjangkakan sesuatu yang besar daripada pasukannya bagi musim 2022-23 selepas pengendali baharunya, Erik Ten Hag mengeluarkan kata-kata kesat sebagai amaran pada sesi latihan pramusim.

The Red Devils memenangi semua tiga aksi pramusim mereka dengan 11 gol termasuk empat dijaringkan ketika membelasah Liverpool 4-0.

Namun Ten Hag tampak belum berpuas hati apabila memanggil salah seorang bintang muda United yang berpotensi besar sebagai ‘tidak berguna’ pada sesi latihan baru-baru ini.



Meskipun hanya sekadar pramusim namun Ten Hag berang apabila Zidane Iqbal kehilangan bola ketika sesi latihan dijalankan.

Pengendali dari Belanda itu didengar menjerit ‘teruskan memegang bola.’

‘Hei Zidane, teruskan memegang bola. Tak guna punya budak.’

Sebelum ini, Ten Hag juga sudah memperkenalkan beberapa undang-undang baharu termasuk tiada alkohol, tiada tukang masak peribadi, tidak boleh menggunakan telefon bimbit ketika makan, semakan lemak badan dan denda lewat.



Dia juga didengar menjerit’ apa yang kamu buat celaka’ selepas pemain melakukan hantaran lambung dan bukannya hantaran pendek seperti diinginkan.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button