Jangan dibuai aksi pra-musim – Arteta

FLORIDA, Amerika Syarikat: Mikel Arteta memberi amaran kepada Arsenal kendaliannya supaya tidak terbawa-bawa dengan keputusan latihan pra-musim yang sempurna.

Kemenangan 4-0 ke atas Chelsea menamatkan jelajah Amerika Syarikat kelab Liga Perdana Inggeris itu dengan memenangi kesemua empat perlawanan.

Arsenal berdepan Brentford secara tertutup pada Rabu dan melayan kunjungan Sevilla Sabtu ini sebelum aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Crystal Palace pada 5 Ogos.

Penyerang baharu Gabriel Jesus membuka jaringan di Orlando dengan melambung bola melepasi Edouard Mendy, kemudian Martin Odegaard, Bukayo Saka dan Albert Sambi Lokonga menambah derita Chelsea.



“Banyak perkara positif dalam cara permainan kami tetapi ia perlawanan persahabatan. Ia satu ujian.

“Masih ada banyak perkara yang perlu kami perbaiki, jadi jangan terbawa-bawa,” kata Arteta.

Oleksandr Zinchenko beraksi cemerlang di bek kiri, tiga hari selepas dia menyempurnakan perpindahan dari Manchester City.

Sementara itu pengendali The Blues Thomas Tuchel mengakui pasukannya tidak cukup kompetitif dan kecewa dengan persembahan sepanjang aksi pra-musim.



“Kami memang patut tewas kerana kami tidak cukup bagus. Kami langsung tidak kompetitif. Apa yang merisaukan ialah tahap komitmen, secara fizikal dan mental. Ia tidak mencukupi.

“Saya tidak tahu jika kami pernah tewas 4-0 pada aksi pra-musim. Saya tidak ingat gagal menang dua perlawanan berturut-turut dalam pra-musim,” kata Tuchel.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker