Kepentingan BN Nombor Satu, Tiada Kompromi

ALOR GAJAH – Pemuda Barisan Nasional (BN) Alor Gajah tekad menggembleng tenaga untuk merampas kembali maruah Alor Gajah dengan sepakat untuk meletakkan kepentingan parti paling atas sementara calon adalah nombor dua.

Demikian tegas Pengerusi Pemuda BN Parlimen Alor Gajah, Fairul Nizam Roslan.

Jelas beliau, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) meletakkan kepentingan parti sebagai asas perjuangan kerana itulah yang paling mustahak.



“Kalau kita bergaduh pasal calon akhirnya PDM, DUN dan Parlimen itu kalah. Kita kena buka minda sebab ianya pernah berlaku. Semua jentera bersepakat dan mesti meletakkan kepentingan parti sebagai perkara nombor satu.

“Kini sudah habis zaman merajuk. Kita sudah rasa kalah kerana protes dan tidak keluar mengundi. Ini bukan soal peribadi tapi ini soal negara dan maruah parti, tiada kompromi untuk soal maruah dan perjuangan parti.

“Saya harap semua jentera BN Alor Gajah jaga kesihatan dan emosi. Dengan semangat dan satu hati serta kerjasama kuat yang diberikan, saya yakin apa pun lawan BN di Alor Gajah ini, kita akan menang dengan majoriti besar,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika program pemantapan gerak kerja parti anjuran Pemuda BN Alor Gajah di Selandar, pada Sabtu.

Turut hadir  Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan ,Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Melaka, Datuk Mustafa Musa, Ketua Puteri UMNO Negeri Melaka, Norasyikin Alias, ADUN Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil, ADUN Machap Jaya, Ng We Hee Sem, Setiausaha BN Alor Gajah, Datuk Ghafar Misdar, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Melaka, Rohazam Bakar serta jentera BN seluruh Alor Gajah.

Dalam pada itu kata Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka itu juga berharap tiga sahabat iaitu BN, MCA dan MIC terus bergerak bersama-sama bagi memastikan kemenangan BN di Parlimen Alor Gajah.

“Kita nak tiga sahabat ini bergerak seiring untuk memastikan kemenangan BN.



“Pengurusan pengundi adalah paling mustahak dan baru boleh beri data pada Jalinan Rakyat (JR), data yang tepat dan jangan tipu data. Ini kerana satu undi salah kira boleh merosakkan seluruh Parlimen,” jelasnya lagi.

UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button