3 pendaki sesat 9 jam selepas ceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai

3 pendaki sesat 9 jam selepas ceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai

3 pendaki sesat 9 jam selepas ceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai
Tiga lelaki ditemui dalam keadaan letih selepas dipercayai sesat lebih lapan jam dalam kawasan berhampiran Air Terjun Sungai Mas, Tasik Biru, Kangkar Pulai di sini, tengah malam tadi. – Foto ihsan JBPM

JOHOR BAHRU: Tiga pendaki dipercayai menceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai di Kulai, dekat sini, sesat hampir sembilan jam di hutan itu sebelum ditemukan selamat tengah malam tadi.

Mereka ditemui dalam keadaan letih dalam kawasan berhampiran Air Terjun Sungai Mas, Tasik Biru, Kangkar di Pulai.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Fairuz Helmi Mohd Ali, berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri menerima panggilan kecemasan untuk mencari dan menyelamat mangsa sesat jam 3.54 petang semalam.



Katanya, sejumlah 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dan Kulai dihantar ke lokasi dibantu ahli Persatuan Malim Gunung dan polis.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan pihak polis sudah mengarahkan semua mangsa bergerak turun melalui trek dinaiki.

“Pasukan pencarian dibahagikan tiga kumpulan terdiri bomba, Persatuan Malim Gunung dan pihak polis,” katanya menerusi kenyataan.

Pada jam 12.30 tengah malam tadi, semua mangsa berusia antara 27 hingga 35 tahun dijumpai dalam keadaan letih di kawasan lereng bukit sebelum dibawa keluar dengan selamat dan diserahkan kepada pihak polis.



Operasi ditamatkan jam 2.30 pagi.

3 pendaki sesat 9 jam selepas ceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading