Sikap baik hati Wany Hasrita buat suami ‘cair’

Kuala Lumpur: “Saya terpikat dengan isteri kerana dia mempunyai hati yang baik dan tidak gemar bercakap buruk mengenai orang lain,” kata Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, mengenai keperibadian isterinya, penyanyi Wany Hasrita, 30.

Terdahulu, pasangan sejoli ini ditemui media pada majlis kesyukuran sempena pernikahan mereka pada Jumaat lalu di Ruscus Hall Forest Valley, di sini, malam tadi.

Mohd Al-Adib juga berkata sikap Wany yang tidak suka merungut apabila ditimpa masalah dan sentiasa mengucapkan Alhamdulillah amat membuatkan dia tertarik sehingga jatuh cinta dengan penyanyi lagu Menahan Rindu itu.



Ditanya pula mengenai kesediaannya untuk memasuki ‘dunia glamor’ isteri tersayang selepas ini, Mohd Al-Adib berkata dia okey saja selagi ia tidak mengganggu kehidupan peribadinya dan karier sebagai juruterbang.

“Bagi saya, kalau peminat Wany setakat meminta untuk ambil gambar dan berborak biasa, itu tiada masalah. Asalkan, jangan sampai mengganggu kehidupan peribadi dan karier saya saja.

“Untuk syarat Wany dalam meneruskan karier seninya, saya mudah saja. Apa-apa yang dia akan buat atau dia tanya boleh buat ke tidak, selalunya saya akan tanya dia balik, kalau saya buat okey tak? Macam ‘reverse psychology’ sebab wanita memang selalu rasa dia yang betul kan?



“Apapun, syarat utama yang saya beritahu dia ialah labuhkan tudung. Itu paling utama. Untuk masak pula, zaman sekarang sudah berubah dan banyak kemudahan untuk mendapatkan makanan,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya juga apakah hidangan pertama sudah dimasak buat suaminya, Wany Hasrita berkata buat masa ini dia masih belum berkesempatan lagi kerana mereka mahu memberi fokus terhadap penganjuran majlis kesyukuran yang diadakan itu.

“Apabila urusan majlis sudah selesai, esok baharu saya akan fikir nak masak apa untuk suami. Apa-apapun, biar kami selesaikan segala urusan majlis ini dulu,” katanya masih belum memutuskan destinasi bulan madu dan juga tidak merancang cahaya mata.

Pada Jumaat lalu, dengan dua kali lafaz Wany Hasrita selamat bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib.



Pasangan ini diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan, Hasbullah Hassan dalam majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button