10 bungkusan dadah dalam kereta, suami isteri ditahan

IPOH – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah berjaya menahan sepasang suami isteri iaitu seorang lelaki berumur 34 tahun di kawasan tempat letak kereta sebuah Pusat makanan sekitar kawasan Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh, Perak dan isterinya warganegara Vietnam yang berumur 38 tahun di tepi jalan sekitar kawasan Panorama Lapangan Perdana, Ipoh, Perak.
Hasil pemeriksaan terhadap sebuah kereta yang dipandu suspek lelaki tersebut telah menjumpai (10) bungkusan plastik warna hijau bertulis Guanyingwang bahan disyaki dadah jenis Metahmphetamine anggaran berat 10,356.00 gram.
Pemeriksaan susulan turut dilakukan terhadap sebuah kereta di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di sekitar Ipoh, Perak telah menjumpai (10) bungkusan plastik warna hijau bertulis Guanyingwang bahan disyaki dadah jenis Metahmphetamine anggaran berat 10,339.00 gram.
Ujian saringan air kencing telah dijalankan ke atas suspek lelaki mendapati suspek positif dadah jenis Methamphethamine dan suspek perempuan warganegara Vietnam mendapati negatif dari sebarang jenis dadah. Hasil semakan rekod kesalahan lampau mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, di mana Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak telah menyita (1) utas jam tangan tulisan Rolex, (1) utas rantai kaki warna kekuningan, (1) bentuk cincin warna kekuningan dan (1) utas gelang tangan manik berbuahkan loket warna kekuningan. Anggaran jumlah keseluruhan nilai harta yang disita RM 83,315.00.
Suspek telah direman selama (7) hari mulai 22 Julai 2022 sehingga 28 Julai 2022. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati.
Nilai keseluruhan rampasan dadah bersama anggaran harta yang disita adalah RM 2,152,815.00.
Kejayaan ini adalah hasil kerjasama yang erat di antara masyarakat dengan agensi penguatkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak akan terus memperhebatkan operasi pembanterasan aktiviti penagihan, penyeludupan dan pengedaran dadah dari semasa ke semasa.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker