Mahkamah perlu putuskan samada Nazlan langgar Kod Etika Hakim 2009

Najib dijadikan kambing hitam tanpa mendapat perbicaraan yang adil

Oleh Nurul Aisyah

ISU pembabitan Hakim Nazlan dan Zeti dalam urusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd sebenar sudah sampai ke peringkat yang membuatkan rakyat menyampah.

Kenapa sehingga ke hari ini Nazlan dan Zeti tidak dibawa ke muka pengadilan? Kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja yang terpaksa menjadi kambing hitam dalam percaturan tangan ghaib? Kenapa mahkamah membiarkan perkara ini berlaku? Dan yang paling penting, kenapa Perdana Menteri ke 10, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya berdiam diri seolah-olah merelakan ketidakadilan berlaku dalam sistem kehakiman negara kita.

Semalam, Mahathir mempersendakan Anwar dengan mengatakan yang beliau seorang manusia retorik semata-mata. Kata-kata Mahathir dilihat masuk akal apabila Anwar membiarkan sahaja Najib dipenjarakan dengan perbicaraan yang tidak adil. Beliau berdiam diri dengan menggunakan alasan tidak campur urusan mahkamah. Itu retorik namanya.



Memetik sumber, MUDA memfailkan kes di mahkamah tinggi bulan lalu meminta mahkamah memutuskan sama ada SPRM mempunyai kuasa untuk menyiasat hakim kerana melanggar etika atau bercanggah kepentingan.

Mereka juga meminta mahkamah memutuskan sama ada Nazlan sememangnya melanggar Kod Etika Hakim 2009, dan/atau mempunyai konflik kepentingan dalam mengetuai kes SRC International Sdn Bhd, adalah menyalahi undang-undang dan/atau tidak berperlembagaan.

Bagaimanapun nampaknya MUDA tidak selesa dengan kes yang diputuskan di Mahkamah Tinggi dan telah memfailkan untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Persekutuan di mana Memon mempunyai bidang kuasa tertinggi malah boleh menjadi pengerusi kes itu.

Ini adalah kes penting untuk memutuskan sama ada sistem mahkamah adalah adil kerana ia amat jelas bahawa:



1. Nazlan adalah hakim yang paling junior dan paling kurang berpengalaman dengan tiba-tiba ditukar menggantikan hakim sedia ada selepas kes SRC bermula.

2. Banyak dokumentasi menunjukkan bahawa Nazlan memang berurusan secara langsung dengan 1MDB semasa beliau menjadi Konsel Am Maybank dan setiausaha syarikat tersebut. Malah Maybank sendiri adalah pihak yang menasihati 1MDB agar menubuhkan SRC.

3. Konflik kepentingan dan penglibatan peribadi Nazlan jelas dan nyata wukud dalam isu SRC 1MDB namun Nazlan tidak pernah mengisytiharkan konflik kepentingannya dan tidak pernah menawarkan diri untuk menarik diri dari kes tersebut. 7 hakim lain menarik diri dari kes berkaitan 1MDB-SRC kerana tidak mahu wujud konflik kepentingan peribadi. Oleh itu, ini jelas melanggar kod etika hakim.

Mahkamah Persekutuan di bawah Maimun secara khusus perlu menyatakan samada Nazlan tidak mempunyai konflik kepentingan dan tidak melanggar kod etika.Rakyat sedang menunggu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker