188 kawasan Hulu Selangor tiada air bermula 9 Ogos

Kuala Lumpur: Sebanyak 188 kawasan di Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air selama dua hari bermula 9 Ogos ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri

berkata, gangguan itu akan bermula 9 pagi dan dijangka pulih sepenuhnya 1 pagi 11 Ogos.

Menurutnya, gangguan itu berlaku susulan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa.



Katanya, pelaksanaan kerja ini sudah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaiktaraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna pada masa hadapan.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

“Air Selangor akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, pelanggan yang terjejas dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.



Katanya, bagi pelanggan komersial, bekalan air terawat boleh dibeli di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor Wilayah Petaling dan Gombak.

“Pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing yang akan dibuka di dua stesen pengisian air di Batu Caves dan Persiaran Mahogani, Kota Damansara.

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300,” katanya.

Tambahnya, sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Pusat Bantuan Air Selangor di laman web

Home

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker