Mahkamah Amerika Serahkan Roger Ng Kepada Malaysia

Mahkamah Amerika Serahkan Roger Ng Kepada Malaysia

Mahkamah Amerika Serahkan Roger Ng Kepada Malaysia

Ketua Hakim Daerah Brooklyn, Margo Brodie, mengarahkan bekas pegawai bank Goldman Sachs , Roger Ng menyerah diri kepada Perkhidmatan Marshal Amerika.

Ia bagi membolehkan beliau diserahkan kepada penguat kuasa undang-undang Malaysia.

Sebelum itu, ihak pendakwa Amerika dalam satu surat kepada Brodie berkata, Roger dikehendaki kembali ke AS untuk menjalani hukuman penjara.



Roger dilapurkan bersetuju dengan permintaan pihak pendakwaan di Amerika.

Roger dijatuhkan hukuman penjara 11 bulan pada Mac lalu.

Juri perbicaraan mendapati dia bersalah kerana membantu bekas bos Goldman, Tim Leissner mencuri wang 1MDB.

Beliau juga didapati bersalah mencuci hasil dana itu dan menyogok pegawai kerajaan untuk mendapatkan perniagaan.



Hukuman terhadap Leissner yang tertangguh dijadualkan pada 19 Mac 2024.

Pada Oktober 2020, Goldman bersetuju membayar AS$2.9 bilion dan unitnya di Malaysia mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah.

Roger ditahan di Malaysia pada November 2018 dan bersetuju untuk diekstradisi ke Amerika.

7 September lalu, Brodie menangguhkan tarikh serah diri Roger ke penjara dari 6 September kepada 6 Oktober tahun ini.



Ia bagi membolehkan pasukan pndakwa Amerika berbincang dengan Kuala Lumpur mengenai urusan membenarkan Ng pulang ke Malaysia bagi menjalani perbicaraan.

Dengan penyerahan Roger Ng dan Jasmine Loo Ai Swan yang menyerah diri, skandal 1MDB sudah hampir terungkai sepenuhnya.

Apa yang kita harapkan, kerajaan menjalankan usaha yang lebih serius dan bersungguh-sungguh untuk membawa pulang Jho Low.

Inilah sebenarnya yang rakyat Malaysia, terutamanya DS Najib mahukan.



Bukan Pengampunan Di Raja ke atas DS Najib, tetapi berikan beliau keadilan dengan perbicaraan yang adil.

Semua yang terlibat mesti diheret ke mahkamah, bukan hanya DS Najib seorang.

 

Mahkamah Amerika Serahkan Roger Ng Kepada Malaysia

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button