Antara ‘Kejayaan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang’ Sanusi Di Kedah

Antara 'Kejayaan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang' Sanusi Di Kedah

Antara ‘Kejayaan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang’ Sanusi Di Kedah

Dalam ramai-ramai Ketua Menteri dan Menteri Besar yang ada di Malaysia, Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, adalah antara yang popolar.

Populariti beliau tidak datang dari populariti politik murahan.

Malah populariti Sanusi datangnya dengan bukti-bukti ‘kejayaan’ yang dapat dilihat dan dinikmati oleh beliau dan keluarga beliau.



Sanusi salah guna kuasa?

Siapa cakap, jangan main tuduh-tuduh kalau tak ada bukti.

Kisah Vellfire Hitam (KEP 5000)

 

Antara 'Kejayaan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang' Sanusi Di Kedah

Pernah tular satu masa dulu, kononnya Sanusi salah guna kuasa untuk beli sebuah kereta Toyota Vellfire hitam dengan nombor pendaftaran KEP 5000.

Sanusi dikatakan menggunakan Syarikat Air Darul Aman (SADA) untuk memiliki kereta idaman beliau yang berharga RM345,000 itu.



Tetapi tidak lama selepas itu, SADA keluarkan kenyataan menafikan kereta tersebut dibeli untuk kegunaan Sanusi.

Tetapi menurut SADA, kereta tersebut adalah milik SADA dan ianya untuk kegunaan SADA.

SPRM pernah membuka kertas siasatan mengenai isu tersebut.

Tapi macam biasalah, siasatan di peringkat awal dan sampai sekarang masih lagi di peringkat awal siasatan agaknya, tanya jer…

Nak tanya sikit, kalau tak silap, SADA di bawah pentadbiran negeri, betul tak?

Takkan SADA berani hendak keluar kenyataan yang kereta itu adalah untuk kegunaan dan milik menteri besar yang menjadi ketua eksekutif kerajaan negeri, kan…

Tapi, takkanlah Pak Lebai nak menipukan…

Ford Ranger Raptor Biru (VHA 5000)

Antara 'Kejayaan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang' Sanusi Di Kedah

Ingat lagi tak masa PKP di zaman Makcik Kiah Mahiaddin?

Kalau ingat, tentu belum lupa lagi cerita Sanusi kantoi sebab pandu uji Ford Ranger Raptor warna biru.

Masa itu, Sanusi bukan sahaja kantoi pandu uji Ford Ranger, tapi juga kantoi sebab langgar arahan PKP.

Bila ditanya siapa pemilik Ford Ranger biru?

Sanusi tak nak beritahu siapa pemilik sebenar Ford Ranger tu, beliau kata beliau hanya pandu uji jer.

Betullah tu, masa pandu uji, tentu Ford Ranger tu masih milik kedai.

Lepas tu tular pula Ford Ranger tu didaftar dengan nombor VHA 5000.

Penulis rasalah, mesti Ford Ranger tu milik SADA, sebab Vellfire hitam tu didaftar dengan nombor KEP 5000.

Tak mungkin milik Sanusi sebab kalau betul milik dia, mesti dia dah mengaku.

Takkanlah Pak Lebai nak menipukan…

Gagal Tarik Pelabur Asing Hanya Bergantung Pada Hasil Balak

 

Antara 'Kejayaan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang' Sanusi Di Kedah

Masa PKP, Sanusi dikatakan langsung tidak dapat menarik pelabur asing.

Negeri Kedah dikatakan bergantung sepenuhnya pada hasil balak.

Depa kata, itu yang nuatkan banyak kes kepala air berlaku sampai meragut nyawa.

Bagi penulis, dah nama pun musim PKP kan.

Macam mana pelabur asing nak masuk, tarah sajalah balak Kedah tu.

Tentang kepala air, itulah yang dinamakan sebagai TAKDIRRR…

Lagi pun Sanusi masa tu sibuk pandu uji Ford Ranger, mana ada masa…

Kena fahamlah…

 

Antara ‘Kejayaan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang’ Sanusi Di Kedah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker