Pandangan Siti Nurhaliza Dipuji Peminat [VIDEO]

Jangan Bangga Sangat Kalau Boleh Cakap Inggeris

Pandangan Siti Nurhaliza Dipuji Peminat

Pandangan Siti Nurhaliza Dipuji Peminat

Kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris tidak dapat dipertikaikan lagi walaupun Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia. Bahasa global ini digunakan dengan meluas dan perlu dikuasai golongan pelajar mahupun yang sudah berkerjaya.

Penyanyi tersohor Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza membuat perkongsian mengenai tahap Bahasa Inggeris yang dikuasainya melalui video tiktok tersebut.

Video tiktok yang dikongsikan oleh @sitizones.official itu, menerangkan bahawa Siti kurang berkeyakinan untuk bercakap menggunakan Bahasa Inggeris di Malaysia.

@sitizones.official

#speaking #english #biduanitasitinurhaliza #biduanita #vokalsiti #muziumsiti #bakatsiti #tokti #sitinurhaliza #sitizoner #datositinurhaliza #sitinurhalizagallery #ctdk #sitizone #no1 #fyp #malaysia #foryoupage #world

♬ bunyi asal – SitiZone – SitiZone

Menurutnya, beliau mampu berbahasa Inggeris ketika berada di luar Negara atau berada bersama dengan orang yang bukan dari kalangan orang melayu yang suka judge mengenai tahap kefasihan Bahasa Inggeris.

“Memang saya akui, untuk bercakap Bahasa Inggeris dengan lancar, kita perlu keberanian dan juga kene selalu training selalu bercakap dalam Bahasa Inggeris”- kata Siti

Menjelaskan lagi bahawa, beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai percakapan seharian di rumah. Beliau dibesarkan dengan menggunakan Bahasa Malaysia dan lebih senang dan selesa berbahasa Malaysia.

Pandangan Siti Nurhaliza Dipuji Peminat [VIDEO]

Itu Adalah Cabaran Yang Perlu Siti Hadapi

Namun, beliau tidak lihat itu sebagai sesuatu perkara yang dapat mematahkan semangatnya untuk menjadi orang yang berjaya. Tambahan pula, beliau turut berkata jika tidak boleh berbahasa Inggeris, itu bukanlah bererti kita tidak mampu untuk ke luar Negara untuk sampai ke tahap International.

Beliau memberi contoh supaya lihat di Negara Jepun bahawasanya, rakyat Jepun sangat memperkayakan Bahasa Jepun sehingga menjadi negara yang advance lagi dari Negara kita.

Sehingga orang Barat pun turut belajar dengan orang Jepun mengenai teknologi mereka, akan tetapi mereka masih lagi berpegang pada bahasa ibunda mereka.

Jangan nak bangga sangat bila kita cakap bahasa inggeris, orang lain tak boleh cakap bahasa inggeris kita perkecilkan. Tak salah kalau kita silap tatabahasa ke ada grammars problem ke apa tidak mengapa. Bila orang lain tegur kita belajar.- pesan Siti.

Di ruang komen juga rata-rata menyokong percakapan Siti, di mana mereka lebih yakin berbahasa inggeris dengan orang yang bukan melayu berbanding dengan orang melayu.

Pandangan Siti Nurhaliza Dipuji Peminat [VIDEO]

 

Muhyiddin ‘Poster Boy’ pembangkang PRU15

Pandangan Siti Nurhaliza Dipuji Peminat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker