MyGrocer@Wilayah 2022 peringkat Labuan

Labaun – Program Jualan Rakyat MyGrocer@Wilayah 2022 peringkat Labuan berlangsung pagi tadi, bertempat di Pasar Sentral Labuan.
Pelancarannya disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara yang juga selaku Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias.
Ia merupakan inisatif Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Labuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan yang memfokuskan kepada jualan barangan sumber protein utama bersubsidi iaitu ayam dan telur ayam agar rakyat dapat berbelanja pada harga yang lebih rendah daripada harga siling yang ditetapkan kerajaan.
Seramai 19,000 penduduk dari kumpulan B40 di Labuan bakal menerima manfaat ini selama tempoh enam bulan dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM399,000.00
Setiap penerima manfaat subsidi ini mewakili 1 keluarga adalah terdiri daripada warganegara Malaysia yang akan diberikan kupon untuk digunakan semasa membeli ayam dan telur ayam di 18 kedai rakan strategik dan peniaga ayam di Pasar Sentral Labuan.
Kupon tersebut adalah subsidi berjumlah RM3.00 bagi pembelian ayam segar dan RM0.50 sen apabila membeli sekurang-kurangnya 10 biji telur ayam.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker