Paul Pogba cetus resah Juventus

Texas: Pemain tengah Juventus, Paul Pogba mengalami kecederaan lutut sekali gus terpaksa diketepikan daripada perlawanan persahabatan menentang Barcelona di Dallas, Texas, esok, kata kelab Serie A itu.

Kelab yang berpangkalan di Turin itu tidak mendedahkan anggaran tempoh pemulihan tetapi menambah pemain berusia 29 tahun itu akan berjumpa pakar untuk meneruskan rawatan.

“Susulan mengadu sakit di lutut kanannya, Paul Pogba menjalani pemeriksaan radiologi yang mendedahkan luka pada bahagian meniskus,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Pemain antarabangsa Perancis itu, yang kembali ke kelab berkenaan selepas enam musim di Manchester United, mungkin terlepas beraksi pada permulaan musim Serie A.



Juventus akan menerima kunjungan Sassuolo pada 15 Ogos dalam perlawanan pembukaan mereka.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker